Wednesday, November 4, 2009

>>JaRi KeciL..<<

Kelmarin,
Jari kecil ini berdarah & terluka..
Si ibu jari mulai risau..
Puas sudah si ibu menghentikannya..
Namun hampa,
Ia tetap berdarah & makin berdarah..

Lantas,
Si jari hantu & manis membantu..
Mencari pelbagai penawar..
Utk menghentikan luka yg ada..
Ia tetap hampa..
Menangislah mereka semahunya..

Si jari kecil hanya tersenyum..
Tersenyum kerana sedih..
Tersenyum kerana terharu..

Lalu,
Si jari kecil bangkit..
Mohon pergi..
Utk mencari penawar lukanya sendiri..
Sendiri......
Kerana dia tahu,
Darah itu datang dari lukanya..
Luka itu datang dari dirinya..
Lantas,
Penawar itu hanya datang dari puncanya..
& puncanya itu darinya..

Kini,
Menjadi persoalan..
Ke mana si jari telunjuk??
Tidak risaukah dia??

No comments:

Post a Comment